Business or Individual in need of a Twitter Makeover? Custom Twitter Backgrounds
MySpaceLayouts

Glitter Text Generator at TextSpace.net

Thursday 25 March 2010

                                                        Adam's Prosperity Kebab Crew
                                                                    new  t-shirt.


                       













                                                     

Wednesday 17 March 2010

salam semua...ermmm..hari hari rabu erk...kejap jer masa berjalan kan..fuhh...hari ini perniagan ku agak slow sikit...sikit je lah .but still ok lagi....mungkin salah satu faktornya skang tengah bulan kot..he he he..minggu depan baru "goment" gaji..baru ok skit lah kot..tp aku tetap bersyukur dengan rezeki yang Allh berikan kepadaku dan suamiku..hari ni penat sangat terkejar2 ke atas dan kebawah dua2 tempat kehabisan gas serentak.,,aduhhh!!!pe pun alhamdulillah....harap2 hari jumaat ni seperti mggu lepas..

Tuesday 16 March 2010

sesiapa yang ingin membuat tempahan blackpepper sauce boleh lah contact saya yer...sepeket kira harga RM 9.00..yang penting simpan di tempat yang beku...supaya tahan lama..bila nak guna hanya panaskan dahulu dan tambah sedikit air...sesuai bila u all buat open hause ke bithday party ke...atau pun kenduri kendara he he he..sepaket ni dalam 15 org atau lebih...boleh makan..kalau makan ngan chiken chop ke steak ke lagi sodap..he he he he...pe2 sms saya yer..k wassalam..
posted by :  FAUZI

                                                  Sepeket RM 9.00 ( berat 1 KG  )

                                                     

Friday 12 March 2010

Hari ni aku lewat sikit ke Masjid pasar pudu tu untuk membantu suamiku....ada meeting ngan GB plak...otak aku pun dah melayang memikirkan bebanan tanggungjawab baru di sekolah nanti..meeting hbs kul 12.30 aku terus berlari ke kereta dan memecut ke pudu pulak..disebabkan otak aku pun ntah kemana2...sampai tersalah jalan..erm nak cepat jd lambat pulak dengan jem nyer tu plak..adoiyai...
Nasib baik hari ni Amin tak sekolah dapat lah dia tolong..... dan anak murid ku di SK Jalan Pasar 2 Mashitah dtg tolong2 bukak plastik n susun tisu lam plastik..   dalam kui 1.10 kot aku pun sampai.....alhamdulillah...ramai sungguh orang kat sini...walaupun penat skit..bila tgk hasilnya alhamdulillah syukur...rezeki kami di hari jumaat..


 
selesai je solat jumaat..kebab kami pun selesai...biasanya lepas solat jumaat masa tu lah yang paling bz skali...alhamdulillah..

Thursday 11 March 2010

Alhamdulillah..hari rabu kelmarin..stall Adams kebab di Desa Petaling n Kg Malaysia diserang..alhamdulillah habis licin...Syukur kehadrat Allah di atas rezeki ini...terima kasih kepada ' pekerja ' kami yang rajin iaitu Amin., kesian dia handle sorang2 stall kat Desa Petaling..Tp semua Under controll....kasi up lah gaji dia..ermmm..Chaiyok!! Chaiyok!!!

Esok pagi pukul 10 di Masjid Pudu...pukul 3 pulak rush hour ke Selayang...Lubok pendapatan kami...erm...sok pas sek aku terus drive dari sekolah ke Pudu membantu suamiku di sana...ermmm chaiyok!!!chaiyok!!!! Harap2 esok seperti minggu2 lepas..InsyaAllah....doakan kami ye...

Friday 19 February 2010

alhamdulillah..setelah memiliki lori ni..perniagaan kami semakin melebarkan sayapnya..kini kami telah membuka 2 lagi gerai di pasar malam yang baru..walaupun penat tapi berbaloi-baloi..semalam kami berniaga buat kali kedua di masjid belakang pasar pudu tu..alah lupa lak nama mesjid tu..alhamdulillah licin...kami mula berniaga seawal jam 11.30 pg sehingga lah pada pukul 2.30 ptg..alhamdulilah rezeki Allah turunkan pada kami pada hari Jumaat yang mulia ini..selepas pulang dari berniaga pada pukul 3.00 pula, suami ku bergegas pula untuk berniaga di pasar malam selayang..

Thursday 11 February 2010

:::syukur:::

alhamdulillah..akhirnya kami dapat memiliki sebuah lori yang telah lama kami idam-idamkan...setelah lama menanti dengan penuh kesabaran....alhamdulillah bermula pada minggu ini..kami dapat membuka satu lagi cawangan "adams prosperity kebab" pada hari rabu dan juga hari jumaat..semoga rezeki kami semakin melimpah dan diberkati Allah..amin..

Wednesday 13 January 2010

::::: Kebabs:::::


ADAM'S PROSPERITY KEBAB



BUN BREAD / PITA

~ CHIKEN KEBAB  RM 2.50/3.00
~ BEEF KEBAB RM 2.50 / 3.00
~ BLACKPEPPER KEBAB RM 3.00 / 3.50
~ SMOKE BBQ KEBAB RM 3.00 / 3.50
SPEACIAL KEBAB RM 3.50 / 4.00
~ CHEESE KEBAB RM 3.50
~ LEBANESE KEBAB RM 4.50

...::: PEMBUKA BICARA :::...

:::::: AhLaN WaSaHLaN ::::::
Assalamualaikum buat semua pengunjung blog ini..buat masa sekarang blog ini masih LAGI dalam pembikinan..InsyaAllah saya akan "update" segala isi dalam dari masa ke semasa..maklumlah "budak baru belajar".. jika anda ada sebarang komen boleh lah tinggalkan komen anda di ruangan chat yang disediakan...segala komen yang diberikan amat saya alu-alukan sebagai panduan saya kelak.

Berbekalkan minat serta pengalaman yang saya perolehi ketika menjadi chef selama lebih kurang 12 tahun telah memberikan saya semangat untuk meneruskan minat saya dalam bidang perniagaan
Kini, sudah tiba masanya saya berdiri diatas kaki sendiri bagi meneruskan kejayaan dalam bidang perniagaan ini..bak kata pepatah.." dimana ada usaha disitu ada jalan"..terima kasih kepada anak dan isteri yang banyak memberi sokongan dan juga merupakan tulang belakang saya dalam memajukan bisnes ini..

Alhamdulillah..berkat kesabaran dan izin Allah s.w.t kini perniagaan yang berusia setahun lebih ini semakin maju setapak demi setapak..saya memulakan perniagaan " Adam's Prosperity Kebab" ini di pasar-pasar malam sekitar Selangor dan Kuala Lumpur pada awalnya..selain berniaga kebab saya juga menerima tempahan "western food" seperti Chiken Chop, Beef Steak, Lamb Chop, T' Bone Steak, Fish and Chips, Mushroom Soup, Garlic Bred  dan pelbagai menu ala barat...Alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan..

Jika anda berminat untuk membuat tempahan untuk majlis-majlis keramain, jamuan, rumah terbuka dan lain-lain bolehlah menghubungi saya bagi membuat tempahan..InsyaAllah saya akan  memenuhi permintaan anda..
Sekian..
Fauzi 0163656512 atau isteri saya Nonie 0162449264